Facebook untuk menggunakan selfies untuk Log In
Facebook mengatakan bahawa kaedah ini akan membantu menangkap aktiviti yang mencurigakan di pelbagai titik interaksi di tapak termasuk membuat akaun, menghantar Friend requests, setting up ad payments dan creating atau editing ads.
Pada awalnya, kaedah ini tidak dilancarkan kepada orang ramai kerana ia direka untuk media sosial yang ditandakan untuk aktiviti yang mencurigakan.
Apabila sistem ini dilancarkan, Facebook akan meminta pengguna dengan mesej "Sila muat naik foto diri yang jelas menunjukkan wajah anda". Apabila korang sudah muat naik foto, Facebook akan menyemaknya dan kemudian memadamkannya di servers.
Foto yang dihantar akan dianalisis dan pengguna tidak boleh log masuk ke akaun mereka selama 72 jam. Foto yang dihantar juga perlu menjadi selfie yang terbaru dan yang belum dimuat naik di mana-mana laman sosial. Sistem ini sangat berguna kerana dapat membantu mengurangkan pengambilalihan akaun atau hacking tanpa kebenaran atau pengetahuan pemilik.
Sumber: The Verge
