Berita Terkini

ASUS ZenFone Max Plus M1 dengan Paparan 18: 9 berharga bawah RM 1000 Di Malaysia


Setelah menghabiskan masa beberapa minggu di SIRIM, ASUS akhirnya mengesahkan ketibaan ZenFone Max Plus M1 yang akan hadir di pasaran Malaysia. Bukan itu sahaja, syarikat itu juga telah memberi petunjuk yang agak besar mengenai peranti telefon yang akan dijual di Malaysia ini.

Berdasarkan gambar yang disiarkan oleh ASUS Malaysia untuk peraduan barunya pada hari ini, telefon baru itu nampaknya akan berharga di bawah RM 1 000.


Ini adalah perkara yang agak menarik kerana telefon ini pertama kali diumumkan di China sebagai Pegasus 4S membawa dan berharga CNY 1799 iaitu sekitar RM 1109 di pasaran China. ASUS Malaysia juga mengesahkan bahawa telefon itu akan mempunyai paparan 18.7 inci dan bateri 4130mAh.

Bagaimanapun, ASUS Malaysia tidak mendedahkan banyak maklumat mengenai komponen di dalam telefon. Di China, Pegasus 4S ini dilengkapi resolusi HD + , mempunyai cip processor MediaTek MT6750T, 4GB RAM dan internal storage sebanyak 64GB.

Ia juga dilengkapi dengan dwi kamera utama yang terdiri daripada sensor 16MP dan 8MP. Kamera pada bahagian depan peranti ini adalah 8MP.


Oleh kerana keputusan pertandingan akan didedahkan pada 13 Disember kemungkinan pengumuman rasmi untuk ZenFone Max Plus M1 akan berlaku pada hari yang sama juga.

*klik pada sumber untuk sertai contest daripada Asus*

Sumber: ASUS Malaysia