Facebook Memperkenalkan Messenger Kids, Aplikasi Chat hanya untuk Kanak-kanak
Facebook kini telah membuat aplikasi baru yang khas untuk kanak-kanak. Syarikat rangkaian sosial Facebook ini baru melancarkan aplikasi Messenger Kids. Aplikasi Chat kanak-kanak ini adalah bertujuan menghantar mesej anatara mereka. Seperti aplikasi lain yang dibuat untuk kanak-kanak, Facebook menjanjikan bahawa Messenger Kids ini selamat dan mempunyai banyak alat untuk kawalan ibu bapa yang disediakan dengan tahap kawalan ibu bapa yang diigini.
Messenger Kids bertujuan memberi platform digital untuk kanak-kanak untuk berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga mereka. Ibu bapa boleh membuat akaun untuk anak-anak menggunakan akaun Facebook mereka. Ibu bapa juga boleh memantau dan menentukan perbualan anak-anak mereka dengan siapa..
Tarikan pada Messenger Kids terhadap kanak-kanak ialah Filters, stickers, masks dan sound effects. Messenger Kids ini mempunyai banyak masks, emojis, GIF dan alat lukisan untuk digunakan kanak-kanak untuk membawa perbualan yang lebih seronok. Selain video chat, kanak-kanak juga boleh menghantar foto, video, atau mesej teks dengan kenalan yang diluluskan ibu bapa mereka. Kanak-kanak lain akan perlu menggunakan Messenger Kids untuk chat antara satu sama lain. Sebaliknya, orang dewasa boleh berbual dengan anak menggunakan aplikasi Messenger biasa.
Malangnya, aplikasi ini masih terhad kepada A.S. sebagai preview. Ia hanya boleh didapati di App Store dan akan dilancarkan ke Amazon App Store dan Google Play Store dalam beberapa bulan akan datang.
Sumber : Facebook

