Berita Terkini

Honor View 10 Masuk Malaysia Pada 15 Januari 2018


Sebelum ini, kita telah dilaporkan bahawa Honor View 10 akan masuk ke pasaran Malaysia pada 8 Januari 2018. Tetapi, matklumat terkini mengatakan tarikh yang lebih spesifik dari honor Malaysia sendiri iaitu Honor View 10 akan tiba di Malaysia pada 15 Januari.

Malangnya, Honor Malaysia tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai penjualannya di pasaran dan syarikat itu mengesahkan bahawa telefon pintar terbarunya akan hadir ke Malaysia. Tiada petunjuk mengenai peranti ini dan ia akan menjadi sangat kompetitif.


Sebagai telefon pintar Honor yang terbaru. View 10 mempunyai hardware yang sangat baik. Peranti ini dibina 6 inci Full HD + 18: 9 FullView Display dan bateri 3,750mAh. Ia juga memgunakan chipset processor Kirin 970, 6GB RAM, 128GB internal dan expandable storage.

Di jabatan kamera, View 10 dilengkapi dengan sistem dwi-kamera di bahagian belakang. Ia terdiri daripada sensor 20MP dan 16MP dan kamera hadapan 13MP. Honor View 10 juga hadir dengan EMUI 8.0 berasaskan Android 8.0 Oreo.