Berita Terkini

Asus GTX 1070 Ti Cerberus direka khas untuk penggunaan tempoh yang lama


ASUS hari ini telah memperkenalkan kad grafik baru daripada mereka iaitu GeForce GTX 1070 Ti Cerberus. Sebelum ini, pengilang daripada Taiwan telah melancarkan tawaran khas untuk GTX 1070 Ti beberapa minggu yang lalu. Menurut Asus, GTX 1070 Ti Cerberus ini dibina dengan ketahanan dan disebabkan itu ia direka untuk permainan iCafes atau untuk pengguna yang mahukan kad grafik yang boleh digunakan berjam-jam.

ASUS telah menguji setiap kad grafik ini dengan penggunaan selama 144 jam dan mereka menilai ia 15x lebih lama bertahan. Kad grafik ini menggabungkan 2.5-slot thick cooling solution yang baru dengan PCB yang direka khusus.


PCB ini direka dengan bentuk yang khusus dan mampu menarik kuasa dari satusingle 8-pin PCIe power connector. Ia menggunakan 6+1 phase VRM untuk menggerakkan kad grafik ini. Asus GTX 1070 Ti Cerberus mempunyai casing berwarna hitam,yang menempatkan dua penyejukan udara terbuka 80mm. Memandangkan kad grafik ini "premium", ia dihadirkan dengan backplate logam.

Prestasi pada kad grafik ini sangat baik. Namun kad grafik GTX 1070 Ti ini tidak hadir dengan kelajuan factory overclocked clock kerana sekatan yang dikenakan oleh Nvidia.

Ia juga dilengkapi dengan NVIDIA-reference clock speeds of 1607 MHz core, 1683 MHz GPU Boost dan 8.00 GHz (GDDR5-effective) memory. Namun, kelajuan frekuensi ini boleh overclocked menggunakan utiliti tweaker Asus.

Asus GTX 1070 Ti Cerberus turut dihadirkan bersama dua port HDMI 2.0, DisplayPort 1.4 dan satu port DVI. Malangnya, harga pasaran dan tarikh jualan masih belum diketahui

Sumber: TechPowerUp