Xiaomi Mi 5 MIUI 8.2.2 menunjukkan teknologi 'Edge Control'
Teknologi Edge kini secara perlahan telah memasuki industri telefon pintar. Teknologi Edge ini merupakan paparan melengkung tetapi jenis "squeezeable" seperti yang diperkenalkan oleh HTC. HTC U11 merupakan peranti telefon yang yang pertama muncul dengan Teknologi Edge yang dianggap sebagai ciri yang hebat. Malah Google juga telah menambah menambah teknologi yang sama kepada telefon Pixel 2 dan Pixel 2 XL yang baru diumumkan.
Xiaomi dipercayai akan menggunakan teknologi ini juga apabila maklumat berkaitan pada telefon Mi 5 MIUI 8.2.2. didedahkan.
Daripada Menu, kita boleh melihat 'Egde Control'. Ia tersembunyi dan cukup menarik untuk berfikir OEM Cina ini sedang mempertimbangkan teknologi tersebut. Teknologi ini agak baru dan peranti telefon Xiaomi Mi 5 tidak mempunyai sensor untuk teknologi ini meragukan jika "Egde Control" ini akan berfungsi. Mungkin teknologi ini bakal hadir dalam model Xiaomi yang akan datang.
Sumber : Android Police

