Berita Terkini

Google kini menjangka masa menunggu untuk Restoran


Ada kalanya korang ingin menikmati hidangan tertentu yang korang mahukan di sebuah restoran yang korang suka. Tetapi, korang mungkin pernah terfikir ia tidak berbaloi dan mengambil keputusan menikmatinya lain kali kerana terlalu ramai. Korang terpkasa membuat keputusan itu kerana ia bukan sahaja melibatkan kelaparan atau masa korang tetapi korang juga akan berasa gelisah ketika menunggu. Google kini ingin membantu korang membuat keputusan itu dengan memasukkan waktu menunggu Google Search dan Maps mereka untuk restoran paling popular di seluruh dunia.

Merujuk "database", terdapat lebih daripada satu juta restoran di seluruh dunia yang membolehkan walk-in. Anggaran data atau masa menunggu yang korang lihat adalah berdasarkan "anonymized historical data" yang mempunyai persamaan berdasarkan apa yang mereka gunakan dengan ciri "Popular Times" dan " Visit Duration". Ini hanya anggaran masa menunggu dan bukan masa menunggu yang sebenar yang mungkin korang hadapi, tetapi sekurang-kurangnya korang mempunyai beberapa maklumat untuk menentukan keputusan korang.


Korang hanya perlu mencari restoran di Google Search atau Maps, buka senarai perniagaan dan kemudian lihat pada bahagian "Popular Times" yang biasanya ditemui di bahagian bawah. Klik pada bar hours dan ia akan menunjukkan anggaran waktu menunggu korang. Jika korang perlu mengetahui masa menunggu pada waktu dan hari yang lain, scroll ke kiri atau kanan di bawah bar hours. Ini adalah cara yang baik untuk merancang hari korang.

Mudah-mudahan, Google dapat memperolehi anggaran masa sebenar melalui maklumat orang ramai dan juga imej atau video.

Sumber : Google