Berita Terkini

UniFi Edu dan eBiz Pack Eksklusif untuk pelajar dan peniaga


Awal bulan ini, TM secara rasmi mendedahkan mengenai pakej promo UniFi terkini yang disasarkan kepada para pelajar dan peniaga. Kedua-dua pakej ini diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Razak semasa lawatannya ke Menara TM pada akhir September.

UniFi Edu dan eBiz Pack yang baru menawarkan diskaun untuk UniFi Lite 10Mbps, UniFi Advance 30Mbps, dan plan 100Mbps UniFi Pro untuk pelajar yang layak dan perniagaan online berdaftar dengan SSM.Dengan kata lain, pakej ini tidak ditawarkan untuk peniaga atau resaller yang diberi kuasa.

Pack UniFi Edu berharga RM 99 sebulan manakala UniFi eBiz pack berharga RM 179 dan seterusnya sebulan. TM memaklumkan bahawa pekej tersebut hanya boleh didapati melalui TMpoint.

Sempena dengan pengesahan di atas, TM juga akan mengadakan Hari Terbuka TMpoint untuk pelajar di TMpoint di seluruh negara mulai 27 November.