Penerbangan Drone Akan Dipantau dan Dikawal oleh DCA Malaysia
Penerbangan drone di Malaysia akan dikuatkuasakan dengan ketat oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA). Dikatakan bahawa DCA sedang bersedia untuk menghantar pasukan penguat kuasa yang akan ditempatkan di semua 21 lapangan terbang di seluruh negara.
Pasukan-pasukan ini dilengkapi dengan radar untuk melihat aktiviti-aktiviti drone di sekitar kawasan itu. Mereka juga dilengkapi jammer untuk melumpuhkan drone yang berhampiran mereka. Jabatan ini mengingatkan orang ramai bahawa terbang drone tanpa kebenaran di luar bangunan pemilik drone menyalahi undang-undang. Di samping itu, korang hanya dibenar untuk menerbangkan drone sehingga 50 meter dan korang memerlukan permit khas untuk melebihi ketinggian 50 meter.
Premis atau individu yang ingin melebihi ketinggian itu perlu memohon permit daripada DCA. Dengan permit ini, pengguna boleh menerbangkan drone mereka ke ketinggian maksimum 120 meter dan permit itu sah selama tiga bulan.
DCA juga menetapkan pendaftaran dengan membayar yuran sebanyak RM 800 dan bayaran tahunan sebanyak RM500.
DCA juga memberi amaran bahawa pengguna ditangkap menerbangkan drone secara haram akan didenda sehingga RM 50,000 atau dipenjarakan selama tiga tahun, atau kedua-duanya jika disabit kesalahan. Begitu juga bagi premis yang ditangkap akan dikenakan denda sehingga RM 100,000 atau enam bulan penjara, atau kedua-duanya pada masa yang sama.
Sumber: Malay Mail Online, DCA Malaysia
