Berita Terkini

Gigabyte Perkenalkan Motherboard X299 Aorus Gaming 7 Pro


Gigabyte telah melancarkan motherboard terbarunya yang dinamakan X299 Aorus Gaming 7 Pro. Motherboard terbarunya ini menyokong keluarga processor Kaby Lake-X dan keluarga Skylake-X Intel. Di samping itu, motherboard ini juga dioptimumkan untuk menggunakan CPU Intel Core i9-7980XE.

Gigabyte X299 Aorus Gaming 7 Pro ini mempunyai PCB board berwarna hitam. Selain itu, motherboard ini juga mempunyai lampu LED (RGB) dan dilengkapi dengan soket Intel LGA2066 yang compatible dengan pemproses Core-X.


Motherboard X299 Aorus Gaming 7 Pro ini juga dilengkapi dengan lapan slot DDR4 DIMM RAM, dua slot PCIe x16 yang berjalan x16 satu slot PCIe x16 yang berjalan x8, dua slot PCIe x16 yang berjalan x4, lapan penyambung SATA 6Gbps dan beberapa USB 3.1, Type-C, USB Type-A, dan USB 2.0 port.

Walau apa pun, korang boleh ke laman web rasmi Gigabyte untuk mengetahui lebih lanjut mengenai motherboard X299 Aorus Gaming 7 Pro ini. Malangnya, harga tempatan dan tarikh tersedia motherboard ini tidak disebut oleh Gigabyte. Jika syarikat tersebut memutuskan untuk menyediakan X299 Aorus Gaming 7 Pro di Malaysia, maka korang boleh mengharapkan pengumuman daripada tidak lama lagi.

Sumber : TechPowerUp