Berita Terkini

Galaxy Note 8 bermasalah?


Percaya atau tidak, Google bukan satu-satunya syarikat yang mempunyai masalah pada peranti utamanya. Kami telah dimaklumkan bahawa terdapat banyak unit Samsung Galaxy Note 8 freeze apabila menggunakan aplikasi Contact, dan masalah ini juga terjadi apabila aplikasi lain seperti 'Message' dan 'Phone' ketika menggunakannya.

Perkara ini tidaklah teruk seperti bateri terbakar pada Galaxy Note 7, tetapi ia masih merupakan masalah bbesar dan Samsung perlu bertindak dengan segera. Sesetengah pengguna Galaxy Note 8 melaporkan bahawa peranti mereka sepenuhnya beku dan berdasarkan laporan ia mungkin disebabkan aplikasi Contact.

Dalam post yang disebut "Note 8 freezing and unresponsive" di bahagian forum Samsung, terdapat lima page komen dan aduan mengenai masalah yang dialami dengan peranti yang agak baru ini. Masalah berlaku apabila mereka membuat panggilan atau menghantar mesej dan pekara ini telah disimpulkan bahawa perkara ini mungkin disebabka aplikasi Contact. Hal ini terjadi apabila mereka melakukan perkara seperti menggunakan speed dial, tap pada contact dalam aplikasi Mesej, membuka aplikasi telefon, dan lain-lain.

Satu-satunya cara pengguna membolehkan menggunakan telefon ini berfungsi adalah dengan melakukan hard reset atau hanya menghabiskan bateri peranti ini. Sesetengah pengguna cuba membersihkan cache, uninstall dan intall semula aplikasi tersebut dan juga melakukan semula factory reset, tetapi masalahnya kekal. Masalah ini sukar dan memaksa pengguna restart peranti tersebut, terutamanya jika korang melakukan perkara yang penting.

Samsung masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai masalah ini. Kami berharap mereka membaik pulih masalah bug ini dan akan memberi kenyataan apabila kemas kini peranti sudah siap.

Sumber : Samsung Community