Berita Terkini

Streamyx bakal mengunakan Broadband


Telekom Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi dan mengesahkan bahawa mereka akan menjenamakan semula pakej Streamyx 1Mbps dan 2Mbps menggunakan Broadband. Langkah ini selari dengan penjenamaan semula yang sedang dilakukan.

Telekom Malaysia juga mengatakan bahawa para pelanggan Broadband ini akan dikenali dengan nama “Pengguna Pra-Unifi“. Mereka juga mengatakan bahawa pakej 1Mbps dan 2Mbps ini tidak ditawarkan secara meluas kepada pengguna baru kerana penawaran Unifi yang lebih meluas. dan pengguna akan ditawarkan pakej jalur-lebar berkelajuan rendah ini sekiranya diperlukan sahaja. 

Sebelum ini, Telekom Malaysia telah menjenamakan penggunaan talian Webe kepada Unifi dan mungkin kita bakal melihat beberapa perubahan lain.TM juga mengatakan proses penjenamaan semula ini akan mengambil beberapa hari dan akan dapat dilihat melalui pemasaran dan komunikasi TM akan datang.


Sumber : Telekom Malaysia