Berita Terkini

Meizu Mula Bekerjasama Dengan MediaTek Untuk Membangunkan Face ID Detection


Pada tahun ini, terdapat dua perkara yang ada pada peranti pintar sedang hangat diperkatakan iaitu rekaan bezelless dan faceID seperti di iPhone X, Galaxy Note 8 dan Vivo V7+. Meizu juga tidak mahu ketinggalan di belakang dan telah mengumumkan kerjasama mereka dengan MediaTek bagi membangunkan faceID pada peranti pintar.



Info ini telah diumumkan sendiri oleh Ard Boudeling yang merupakan ketua bahagian pemasaran global Meizu menerusi akaun Twitter beliau. Meizu dan Mediatek mensasarkan projek yang bakal dibangunkan oleh mereka ini akan menjadi yang terbaik pernah digunakan pada peranti telefon pintar. Akan tetapi, sistem imbasan wajah ini hanya akan ditemui pada peranti Meizu yang bakal dikeluarkan pada tahun hadapan.



Sumber: Ard Boudeling