Miui 9 Update
MIUI 9 bakal dilancarkan berteraskan Android Nougat. MIUI ini merupakan versi yang stabil global kerana MIUI 9 dan Android Nougat ini telah tersedia untuk pengguna yang ingin menyertai tempoh percubaan.
Xiaomi telah mengumumkan melalui forumnya yang kini MIUI 9 Global Stable ROM sedang dilancarkan. Ini bermaksud ia akan tiba OTA untuk pengguna yang telah menggunakan perisian stok stabil pada peranti Xiaomi mereka. Update MIUI ini diberikan dahulu kepada pengguna Redmi Note 4X dan Mi Max 2 pada awal November ini. Kemudian kumpulan seterusnya akan menerima update Mi MIX 2, Redmi Y1, Redmi Y1 Lite, Redmi 4X, Mi 5 dan Mi Max menjelang pertengahan November.
Bermula Disember, peranti lain daripada Xiaomi yang dijanjikan peningkatan Nougat termasuk Mi 5S dan Mi 5S Plus akan mendapat update MIUI 9. Miui terbaru daripaa Xiaomi ini meningkatkan kelajuan dan kecekapan, visual settings yang lebih baik, readability, lebih optimum dan fixes.
Sumber : MIUI
