Drop Test telah menyimpulkan Iphone X adalah iPhone yang paling mudah pecah
Seperti yang dijangka, iPhone X amat mudah pecah dalam ujian jatuh kali pertama dan ujian ketahanan. Dua ujian ini menunjukkan kerosakan segera kepada peranti dan melibatkan kos pembaikan yang tinggi yang boleh menyebabkan kekecewaan.
Iphone X telah menjalani drop test dari ketinggian tiga kaki. Keputusan ujian ini menunjukkan kaca pada peranti telefon ini retak pada ujian pertama apabila menjatuhkan telefon ini di sisinya. Ujian kedua pula, telefon ini menjatuhkan pada bahagian depan menyebabkan lebih banyak keretakan.
Kerosakan yang dihadapi hanyalah drop test yang yang tidak melampau seperti SquareTrade. Drop test yang dijalankan oleh SquareTrade turut menunjukkan kerosakan kepada fungsi. SquareTrade adalah syarikat yang menawarkan pelan perlindungan untuk peranti telefon dan mempunyai insentif untuk meyakinkan pengguna bahawa peranti mereka mungkin berisiko.
Dengan SquareTrade, setiap ujian dilakukan oleh robot atau alat mekanikal yang direka untuk menghasilkan keadaan yang konsisten untuk ujian pada semua peranti. Ujian menjatuhkan bahagian depan telefon dari enam kaki ke hadapannya dan TrueDepth sensor array menjadi tidak responsif. Ujian dari SquareTrade ini akan menjatuh dari ketinggian yang sama dan mendarat telefon di belakangnya untuk menghancurkan kaca belakang. Ujian drop juga memberi kesan sampingan seperti menyebabkan skrin tidak boleh digunakan.
Ujian seterusnya yang dijalani oleh Iphone X dari SquareTrade ialah meletakkan peranti dalam mesin basuh atau pengering selama 60 saat. Hasilnya adalah telefon ini tidak dapat melakukan gerakan "swipe-to-unlock" lagi. Akhirnya, ujian pukulan dari syarikat itu mensimulasikan telefon jatuh dari bahagian atas kereta apabila kereta mula bergerak. Dalam kes ini, iPhone X retak di bahagian belakang dan depan, dan Face ID berhenti berfungsi. IPhone X lebih baik dalam ujian di dalam air. Bagaimanapun, ia terselamat selama 30 minit dalam keadaan tenggelam sepenuhnya di dalam air.
Hasilnya SquareTrade memutuskan iPhone X adalah "iPhone yang paling mudah pecah" yang telah diuji berdasarkan metodologi markah yang diperoleh pada ketahanan peranti tersebut. Hal ini menambahkan kebimbangan akan kerapuhan skrin OLED iPhone X yang mahal untuk menggantikan. Waranti satu tahun Apple tidak meliputi kerosakan yang dilakukan secara tidak sengaja. Tetapi AppleCare mungkin menjadi pilihan kerana ia mempunyai pelan perlindungan yang meluas yang meliputi dua insiden kerosakan yang tidak disengajakan dan kos yang sedikit.
Beberapa kerosakan dalam ujian ini adalah hasil daripada pembinaan kaca pada iPhone. Apple telah menggunakan dengan kaca belakang pada iPhone 8, iPhone 8 Plus, dan iPhone X sebahagiannya kerana aluminium telah digunakan pada iPhone 7 boleh menjadi penghalang kepada ciri pengecasan tanpa wayar yang baru.
Sumber : CNET
