Kamera Gear 360 daripada SAMSUNG
Kamera dengan kemampuan merakam 360 darjah masih belum mendapat sambutan menggalakkan dari pengguna. Sungguhpun begitu Samsung masih menghasilkannya bagi memudahkan penghasilan kandungan realiti maya untuk Gear VR mereka. Rekaan model Gear 360 (2018) mungkin telah tertiris selepas ia ditemui di dalam pangkalan data pejabat paten Korea Selatan.
Rekaan terbaru nampak lebih ceria dengan rekaan seperti sebuah robot lengkap dengan alis mata. Bahagian kepala dilengkapi dua lensa kamera 360 darjah manakala tubuh lebih kecil untuk dipegang. Terdapat sepasang kaki pada bahagian bawah yang membolehkan kamera ia diletakkan stabil pada permukaan rata dan pengguna perlu membeli tripod berasingan. Tiada maklumat mengenai spesifikasi tetapi kamera pastinya boleh menyokong penstriman secara live ke media sosial popular
Sumber : Let's Go Digital
