MIUI 9 Global Stable ROM dilancarkan pada peranti Xiaomi
Selepas menghabiskan masa yang panjang dalam saluran beta, Xiaomi akhirnya telah melancarkan MIUI 9 Global Stable ROM.
MIUI 9 akan dilancarkan Mi Max 2, Mi 6, Mi Mix, Mi 5 dan Mi 5S Plus. Miui ini bakal dilancarkan ke peranti terpilih ini sebagai "Global Stable" ROM atau ROM "Beta Stable" agak mengelirukan. Mereka juga mengatakan bahawa Xiaomi menjangka akan menaik taraf semua peranti dalam kumpulan ini ke ROM Stabil Global dalam beberapa minggu akan datang.
Kemas kini MIUI 9 Global mempunyai kelajuan yang lebih baik dalam user interface dan ia mempunyai prestasi yang setanding dengan stok Android. Terdapat juga pendekatan baru seperti menambah baik pengendalian notification, ciri split screen, secure apps vault, dan quick reply.
Untuk senarai lengkap telefon mendapatkan kemas kini, klik pada link sumber di bawah. Ketahui bahawa telefon Xiaomi yang dilancarkan sekitar 2013 mungkin perlu menunggu kemas kini MIUI 9 sehingga Disember tahun ini.
Sumber : XDA
