Kemas kini YouTube membolehkan pinch-to-zoom ke peranti 18: 9
Apabila korang mempunyai peranti dengan paparan nisbah ratio 18: 9, tentu saja korang akan menonton video di dalam skrin penuh. Tetapi banyak video menggunakan format 16: 9. Oleh itu, terdapat bar hitam di sekitar skrin korang yang mendatangkan rasa tidak selesa. YouTube kini telah menyelesaikan masalah tersebut dengan membolehkan pengguna pinch-to-zoom. Malangnya, kemas kini tersebut hanya untuk Pixel 2. Tetapi sekarang, kemas kini kecil versi ke 12.44 telah menambah sokongan kepada peranti lain juga.
Kemas kini aplikasi YouTube yang terbaru membolehkan pengguna mengembangkan video agar sesuai dengan paparan 18: 9 seperti paparan pada Galaxy S8, LG V30 dan lain-lain.
Kemas kini ini juga mungkin akan dilancarkan ke peranti lain juga. Ketika ini, korang perlu mengemas kini ke versi 12.44.52 untuk dapat membuat ciri ciri pinch-to-zoom. Sebaik sahaja korang kemas kini, korang boleh melakukan secara manual hanya zum masuk dan kemudian zum keluar pada video korang ke paparan yang lebih selesa.
VIA: Android Police
