Berita Terkini

Honor V10 akan diumumkan di China pada 28 Nov, menjelang pelancaran di London

To
Walaupun pelancaran di London pada 5 Disember telah diatur dan dijadualkan, biasanya Huawei melakukan pelancaran pertama di China, kali ini peranti yang akan dilancarkan oleh Huawei ialah honor V10. Oleh itu, tidak hairanlah bahawa teasers telah dikeluarkan pada Weibo bahawa Honor V10 akan diumumkan seminggu menjelang 28 November ini di China. Teasers itu juga menunjukkan dua jualan utama peranti yang akan datang yang menggunakan Artificial Intelligence, dual-camera dan ​​dua teknologi buzz.

Flagship Honor secara tradisinya merupakan versi yang lebih mirah daripada produk utamanya Huawei yang baru-baru ini dikeluarkan. Hanya pada bulan Oktober lepas, mereka mengumumkan Huawei Mate 10 dan Mate 10 Pro, jadi Honor V10 dijangka menjadi edisi yang lebih murah kerana mereka berpegang dengan "tradisi".


Honor V10 dijangka mempunyai paparan 6 inci dengan nisbah aspek 18: 9 dan menggunakan chip processor Kirin 970 SoC dan Unit Pengolahan Neuralnya sendiri (NPU). Peranti ini akan mempunyai simpanan 6GB RAM dan 64GB atau RAM 8GB dan penyimpanan 128GB. Ia akan keluar dengan Android 8.0 Oreo dan EMUI 8.0

Peranti yang dikeluarkan ini turut menggunakan Artificial Intelligence dan dual-camera dan bakal diumumkan pada 28 November. Ia dikhabarkan untuk kos kira-kira $ 450 yang mungkin lebih murah daripada Huawei Mate 10 Pro.

Sumber : XDA Developer