Berita Terkini

Facebook melancarkan Aplikasi Creator dan akan hadir pada Android


Facebook benar-benar menggalakkan kandungan video di platformnya. Semasa VidCon pada Jun lalu, Facebook menyatakan akan membawa lebih banyak tools untuk mereka yang hidup melalui kandungan video online atau menyokong perniagaan mereka dengan Facebook Live Content. Mark Zuckerberg menyatakan bahawa objektif baru facebook adalah "menghabiskan masa dengan baik" melalui video yang ditonton. Akhirnya mereka mengeluarkan Aplikasi Creator yang merangkumi Live Creative Kit yang mempunyai pengurusan komuniti yang lebih baik dan sebagainya. Berita buruknya ialah ia hanya tersedia untuk peranti iOS buat masa ini dan aplikasi tersebut untuk peranti Android akan segera dikeluarkan.

Seperti yang dimaklumkan, aplikasi Creator ini mengandungi Live Creative Kit yang akan membolehkan pengguna yang membuat Facebook Live mencipta intros dan outros. Pengguna juga boleh menambah secara automatik setiap kali mereka melakukan broadcast. Kit juga dilengkapi dengan pelekat secara Live dan graphics frames yang sesuai supaya pengguna boleh membuat paparan yang konsisten dalam broadcast dan video asal pengguna juga. Aplikasi Creator ini juga akan dapat menggunakan effect kamera dan frames yang biasanya korang gunakan dalam Facebook Story. Korang juga akan dapat crosspost di platform lain seperti Instagram.

Untuk memudahkan pengurusan komuniti Facebook, Aplikasi ini juga menggunakan inbox unified yang akan mengandungi semua komen dari Facebook, Instagram, dan mesej dari Messenger. Ia memudahkan pengurusan dan memberi respons. Bagi pengguna yang menggunakan video untuk menjana perniagaan, terdapat bahagian "insight" di mana mereka boleh mengakses metrik dan analisis untuk membimbing penciptaan perniagaan mereka.

Pengguna juga boleh mengakses laman web baru yang dipanggil Facebook untuk Creator di mana mereka boleh mencari sumber dan tips untuk membantu meningkatkan kandungan Facebook mereka. Berita mengenai tarikh pengeluaran Aplikasi Creator untuk Android belum diketahui.

Sumber : Facebook