Berita Terkini

iOS 11.1 Mula Menawarkan Sejumlah Emoji Baru


Apple telah mula menawarkan kemaskini sistem operasi iOS terkini untuk pengguna iPhone, iPad dan iPod Touch iaitu iOS 11.1. Ini boleh dikatakan kemaskini utama untuk pengguna iOS 11 sejak ia dilancarkan sekitar dua bulan lepas.

Antara kemaskini iOS 11.1 yang menjadi fokus utama adalah penawaran sejumlah emoji baru untuk para pengguna peranti Apple. Ia selari dengan Unicode 10.0 dan kini sejumlah 70 emoji baru telah pun ditambah pada iOS 11.1, termasuk emoji wanita bertudung, dinasour, kelapa, dan sebagainya.


Sebelum ini kemaskini iOS 11.1 ditawarkan dalam bentuk beta sahaja, tetapi akhirnya ia mula ditawarkan kepada pengguna umum. Bagi yang menggunakan peranti iPhone, iPad atau iPod Touch korang boleh menyemak kemaskini dan menggunakan pelbagai emoji baru dan turut dikatakan sejumlah bug telah dapat diatasi oleh Apple.

Sumber : Apple Inc