Berita Terkini

WhatsApp Live Location sharing


Walaupun korang mungkin tidak ingin memberitahu ke seluruh dunia lokasi semasa korang, ada kalanya korang perlu juga memberitahu orang lain mengetahui dengan tepat di mana korang berada. Live Location sharing seolah-olah menjadi trend yang semakin meningkat dengan aplikasi sekarang, dan yang terkini untuk menambah ciri ini ialah WhatsApp.

Ciri Live Location sharing telah dilancarkan ke aplikasi Android dalam beberapa minggu lepas. Sebaik sahaja korang update WhatsApp korang kepada versi terkini, korang terus dapat mengaktifkan Live Location sharing supaya anda boleh berkongsi dengan keluarga atau rakan di mana lokasi semasa korang.

Live Location sharing sangat mudah dilakukan. Hanya buka chat dengan group atau individu yang korang mahu berkongsi lakosi korang. Tab pada butang Attach dan Location, anda akan melihat pilihan "Live Location sharing". Korang dapat memilih berapa lama korang ingin berkongsi dengan group atau individu tertentu. Dan apabila korang Send, mereka akan melihat real-time location korang yang ditunjukkan di dalam Maps. Sekiranya korang berada dalam group atau orang lain turut berkongsi kepada korang, korang akan melihat real-time location individu tersebut berada di dalam Maps.

Sudah tentu ia merupakan salah satu kebimbangan dengan ciri seperti ini melibatkan security kerana anda tidak mahu maklumat ini jatuh ke tangan yang salah. Tetapi WhatsApp mengatakan aplikasi ini mempunyai end-to-end encryption supaya ia selamat. Jika korang ingin menghentikan perkongsian sebelum masa perkongsian habis, korang boleh menghentikannya pada bila-bila masa.

Sumber : WhatsApp