Berita Terkini

Dual Display daripada ZTE


Walaupun ini bukanlah teknologi baru, tetapi kita jarang melihat telefon pintar yang mempunyai dual-display di pasaran. Kini, ZTE telah menghasilkan sebuah model Axon M dan telah membawanya ke pasaran Amerika Syarikat, terutamanya kepada AT & T pada 1 November. Oleh itu, kita bakal melihat bagaimana masyarakat dunia menerima idea mengenai peranti telefon yang akan kelihatan seperti buku apabila ia digunakan. Mereka telah membelanjakan sekitar $ 725 untuk peranti yang boleh melakukan dua perkara yang berbeza pada kedua-dua skrin yang berbeza.

Kedua-dua display ini berukuran 5.2 inci dengan resolusi 1920 x 1080. Dual Display ini dilindungi Gorilla Glass Gen 5. Peranti ini juga menggunakan processor Qualcomm Snapdragon 821 dan mempunyai 4GB RAM serta internal storage 64GB. Peranti ini turut mempunyai sokongan kad microSD sehingga 256 GB. Kamera utama peranti ini adalah 20MP dengan PDAF, F / 1.8 dan image stabilization manakala kamera hadapan mampu merakam video 4K 30fps dan juga 720p pada 240fps iaitu dalam mod slow-motion. Peranti telefon ini mempunyai dual speakers “Dolby Atmos sound playback codec” menjadikan sistem bunyi peranti ini sedap didengar apabila korang menonton video atau memainkan muzik.


Fokus penjualan Axon M adalah dual-display peranti tersebut. Dual display daripda ZTE membolehkan korang memilih mod penggunaan display yang terdiri daripada 4 mod. Mod ini bergantung pada apa yang korang ingin lakukan. Mod Dual membolehkan anda menonton video dari satu skrin dan kemudian menyemak browse web pada skrin kedua. Mod Extended mengubah dua skrin menjadi satu paparan dan sesuai untuk menonton video. Mod Mirror pula memaparkan kandungan yang sama pada kedua-dua skrin. Mod Tradisional mematikan satu skrin pada dual display apabila korang ingin fokus hanya pada satu skrin.



Sumber : AT&T Newsroom