Berita Terkini

ArcheAge Begin dari GAMEVIL


GAMEVIL telah melancarkan permainan MORPG baru yang dipanggil "ArcheAge Begins". Permainan ini berdasarkan satu pemainan MMORPG PC iaitu ArcheAge yang terdapat pada platform permaianan PC. Permainan Android ini juga banyak menggunakan unsur permainan platform PC seperti jalan cerita dan dunia permainan yang besar.



ArcheAge Begins adalah sebuah permainan RPG multiplayer baru yang dibangunkan oleh XLGAMES dan dikeluarkan oleh GAMEVIL. Permainan ini mempunyai grafik yang tinggi kerana ia telah dibangunkan dengan Unreal Engine 4. Jalan cerita permainan ini berlaku 1000 tahun sebelum ArcheAge, dan menggunakan mitos alam yang dicipta untuk permainan yang mempunyai Gods dan berlainan bangsa.


Permainan ini mudah untuk pemain RPG - korang boleh memilih pahlawan korang dan level up skill yang korang perlukan untuk melawan penjahat. Korang juga mengumpul dan upgrade gear yang sesuai untuk membantu gaya permainan korang. Mempunyai mod multiplayer sehingga 4 pemain dan boleh mengambil bahagian dalam menyelesaikan quests.

Permainan ini free untuk dimainkan dan hanya memasukkan IAP yang diperlukan untuk pendapatan syarikat tersebut. Jika korang ingin mencuba permainan RPG baru, mungkin korang boleh cuba permainan ini dan beritahu kami semua tentangnya.




Download : Google Play Store