Berita Terkini

Samsung telah memperkenalkan Burgundy Red Galaxy S8 di Korea Selatan




Sudah menjadi tradisi bagi Samsung mengeluarkan warna baru untuk peranti perdana meraka dan Galaxy S8 tidak terkecuali. Kali ini, mereka telah mengeluarkan varian warna Burgundy Red Walau bagaimanapun, seperti variasi warna khas terdahulu, ini hanya boleh didapati di Korea Selatan

Mereka mengumumkan warna baru in di dalam iklan video yang sangat cantik. Pada iklan video tersebut Burgundy Red Galaxy S8 kelihatan luarannya yang berkilat. Pada bahagian hadapan pula masih dikekalkan berwarna hitam dan keseluruhan penutup belakang kini berwarna merah berkilat gelap. Bingkai aluminium dan butang pada Galaxy S8 ini juga berwarna menjadikan peranti ini kelihatan lebih cantik.

Warna nampaknya satu-satunya perbezaan antara Galaxy S8 asal dan varian Burgundy Red ini. Galaxy S8 ini masih berukuran 5.8 inci dengan 1440 x 2960 piksel dan dikuasakan oleh chipset Exynos 8895. Ia mempunyai 4GB RAM, internal storage 64GB, kamera utama 12MP dan kamera hadapan 8MP. Peranti ini menjalankan sistem operasi Android 7.0 Nougat dan mempunyai bateri 3000mAh yang tidak boleh ditanggalkan.

Burgundy Red sebenarnya adalah pilihan warna ke-6 untuk Galaxy S8 daripada Rose Pink, Artik Silver, Coral Blue, Orkid Grey dan Midnight Black. Walau bagaimanapun, nampaknya mereka tidak mempunyai rancangan untuk melepaskan warna tertentu ini di luar Korea Selatan. Walau bagaimanapun, jika melihat pada pilihan warna baru telefon pintar syarikat Korea ini biasanya dilancarkan di sini juga, ada peluang yang cukup baik rakyat Malaysia akan mendapat Galaxy S8 varian Burgundy Red pada masa depan.