Berita Terkini

Bagaimana Menggunakan Sistem Restore dalam Windows?

wsr_top

Sistem Restore adalah ciri Windows yang dapat membantu korang menyelesaikan beberapa jenis masalah pada komputer korang. Artikal ini akan menerangkan cara ia berfungsi, bagaimana untuk menetapkannya, dan cara menggunakannya.

Windows 10 akan digunakan di dalam artikel ini, tetapi System Restore pada versi windows terdahulu berfungsi dengan cara yang sama. Arahan di sini baik untuk Windows 7, 8, dan 10, dan korang akan menghadapi hanya perbezaan kecil sepanjang proses.

Apakah Sistem Restore?
Apabila ada masalah pada sistem korang akibat perisian buruk dan mungkin disebabkan oleh aplikasi yang korang install atau driver yang merosakkan sesuatu yang penting dan sukar untuk diperbaiki. Sistem Restore membolehkan korang memulihkan Windows korang kembali pada masa sebelum masalah tersebut berlaku.

Perkara ini dapat dilakukan dengan membuat "restore point". Restore point adalah snapshot kepada fail sistem Windows, fail program tertentu, registry settings dan hardware driver. Korang boleh membuat restore point pada bila-bila masa.

wsr_a

Kemudian, korang boleh menggunakan System Restore dan mengembalikan windows korang pada restore point baru-baru ini jika Windows korang mengalami masalah . Perkara ini akan mengembalikan sistem, fail dan driver sistem tersebut serta mengembalikan sistem Windows korang kepada keadaan sebelumnya.

Langkah ini sangat berguna apabila korang ingin menyelesaikan masalah jenis tertentu. Contohnya, jika korang install driver device yang membuatkan komputer korang tidak stabil, Korang masih perlu uninstall driver tersebut. Dalam beberapa kes, driver tidak boleh uninstall dengan betul atau mungkin merosakkan fail sistem apabila koarng uninstall. Sekiranya korang menggunakan Sistem restore dan pilih restore point yang telah dibuat sebelum korang install driver, korang boleh memulihkan fail sistem korang ke keadaan sebelum sebarang masalah berlaku.

Windows Restore juga sangat berguna untuk membuang kerosakan pada windows disebabkan oleh aplikasi atau kemas kini Windows. Kadang-kadang, aplikasi dan kemas kini windows boleh menyebabkan masalah pada aplikasi lain atau komponen sistem.

Bagaimana Sistem Restore Mempengaruhi Fail Peribadi?
Sistem Restore berbeza dengan backup, sistem restore berfungsi secara khusus pada sistem Windows dan bukannya pada hard drive korang. Oleh itu, Sistem Restore tidak menyimpan salinan lama fail peribadi korang. Ia juga tidak akan memadam atau menggantikan mana-mana fail peribadi korang apabila korang melakukan sistem restore.

Bagaimana Penggunaan Pemulihan Sistem memberi kesan kepada Aplikasi?
Apabila korang menggunakan sistem restore pada komputer korang, apa-apa aplikasi yang korang install selepas melakukan proses sistem restore akan dibuang. Walau bagaimanapun, aplikasi yang korang install selepas membuat restore point mungkin pada dipulihkan dengan kaveat yang sangat besar.

Oleh kerana Sistem Restore hanya mengembalikan beberapa jenis fail tertentu, program yang dipulihkan sering tidak berfungsi atau tidak berfungsi dengan betul sehingga memaksa korang install semula aplikasi tersebut. Windows memberikan korang melihat dengan tepat program akan terjejas apabila korang melakukan proses ini. Perkara ini baik untuk melakukan proses sistem restore kepada restore point yang terkini mungkin akan meminimumkan masalah dengan aplikasi. Ia juga merupakan perkara yang baik untuk membuat restore point secara manual sebelum korang melakukan sebarang installation atau perubahan yang besar supaya korang kembalikan komputer korang pada keadaan sebelum jika anda perlu.

Bolehkah Sistem Memulihkan Buang Virus atau Malware?
Sistem Restore bukan penyelesaian yang baik untuk membuang virus atau malware. Oleh kerana Virus atau Malware ini berada pada semua jenis tempat di dalam sistem. Maka korang tidak boleh bergantung pada Sistem Restore untuk mengawal virus dan malware. Sebaliknya, korang harus bergantung pada anti-virus yang berkualiti dan sentiasa up to date. 

Bagaimana Cara melakukan Sistem Restore?

wsr_1

Untuk memastikan Sistem Restore dihidupkan, taip"restore," dan kemudian klik "Create a Restore Point". Proses ini akan membuka dialog di mana korang boleh mendapatkan semua pilihan Sistem Restore.

wsr_2

Pada tab "System Protection", dalam bahagian "Protection Settings", korang akan melihat drives yang ada pada PC korang dan sama ada sistem restore untuk setiap drives. Untuk menghidupkan sistem restore, pilih drive pada senarai dan klik butang "Configuration". (Dalam kes ini, sistem restore telah diaktifkan untuk  drive C:)

wsr_3

Dalam dialog "System Protection" yang terbuka, klik "Turn on system protection" dan laraskan slider "Max Usage" ke jumlah storage hard drive yang korang mahu Sistem Restore gunakan, Kemudian klik "OK. " klik "OK" sekali lagi untuk keluar dari dialog Sistem Properties


Lakukan Restore Point Secara manual.
wsr_4

Korang perlu tahu bahawa apabila Windows mencipta restore point, System restore akan membuat restore point pada semua drives yang mempunyai sistem restore yang diaktifkan. Korang juga boleh membuat restore point sendiri. Start, ketik "restore," dan kemudian klik "Create a Restore Point " Pada tab "System Protection", klik butang "Create".

wsr_5

Taip nama untuk restore point korang buat akan membantu korang mengingati mengapa korang membuatnya dan kemudian klik "Create".

wsr_6

Ia mengambil masa 30 saat atau lebih untuk membuat restore point dan System Restore akan memberitahu korang apabila ia selesai. Klik "Close".

Bagaimana Mengembalikan Sistem Anda ke Titik Pemulihan Terdahulu 

wsr_7

Setelah mengaktifkan System Restore, korang akan memulakan proses pemulihan dari tab "System Protection" yang sama di mana korang mengkonfigurasi pilihan restore point. " Pada tab "System Protection" dan klik "System Restore".

wsr_8

System Restore akan memberikan gambaran ringkas mengenai proses tersebut. Klik "Next".

wsr_9

Halaman seterusnya menunjukkan korang restore point yang tersedia. Klik "Show more restore point" untuk melihat sebarang restore point automatik yang dibuat sebelum aplikasi atau intall driver. Pilih restore point yang korang mahu, restore point paling terkini adalah lebih ideal dan kemudian klik "Scan for affected program" untuk mengesan mana-mana program yang akan di-uninstall semasa proses.

wsr_10

Restore point akan melihatkann dua senarai. Senarai teratas menunjukkan program dan drives yang akan dipadam. Senarai bawah menunjukkan program dan drives yang mungkin dipulihkan oleh proses. Sekali lagi diingatkan bahawa program dan drives dapat dipulihkan tetapi ia mungkin tidak berfungsi dengan betul sehingga korang install semula .

wsr_11

Apabila korang sudah bersedia untuk memulihkan, klik  restore point yang anda ingin gunakan dan kemudian klik "next". Ambil perhatian bahawa korang boleh melangkau langkah "scan" dan hanya klik Next.

wsr_12

Seterusnya, korang diminta mengesahkan restore point. Pastikan korang telah memilih restore point yang betul dan klik "Finish"

wsr_13

Pemulihan Sistem memberitahu korang bahawa sebaik sahaja proses ini bermula, ia tidak boleh diganggu. Klik "Yes" untuk bermula.


Windows akan restart semula PC korang dan mulakan proses restore. Proses ini mungkin akan mengambil sedikit masa. System Restore untuk mengembalikan semua data korang sekurang-kurangnya 15 minit dan keatas.