Berita Terkini

Apple Bercadang Menghentikan Penggunaan Komponen Qualcomm Dalam Produk Keluarannya


Pertelagahan di antara Qualcomm dan Apple melibatkan nilai sehingga berbilion dollar yang difailkan oleh kedua-dua belah pihak. Semuanya bermula setelah Apple menuduh Qualcomm meminta bayaran royalti pada harga tidak munasabah dan enggan menghentikan pembayaran. Qualcomm tidak mahu mengalah sehingga meminta jualan peranti mudah alih Apple dihalang jualannya.
Menurut laporan Wall Street Journal, ini telah memaksa Apple untuk tidak lagi menggunakan cip LTE buatan Qualcomm pada kesemua produk keluarannya pada tahun 2018. Laporan yang sama mengatakan Qualcomm menghentikan perkongsian perisian untuk menguji modem bersama Apple. Namun menurut mereka juga perisian untuk menguji cip untuk generasi seterusnya telahpun diuji dan dikongsi bersama Apple.

Penggunaan cip LTE berbeza telah pun dilakukan oleh Apple sebelum ini seperti di iPhone 8 dan 8 Plus, modem keluaran Qualcomm dan Intel digunakan bergantung kepada syarikat telekomunikasi berbeza. Jika Apple menghentikan penggunaan cip LTE Qualcomm, mereka mungkin akan bergantung kepada cip keluaran Intel atau MediaTek.