Aplikasi Maybank menerima sokongan pengecaman melalui muka dan suara.
Maybank baru sahaja melancarkan versi baru untuk aplikasi mudah alih mereka, dimana korang boleh memasuki akaun korang dengan menggunakan kaedah pilihan biometric.
Sebelum ini, aplikasi ini hanya menerima pengesan cap jari, tidak cukup dengan itu mereka mengeluarkan versi baru dimana membahkan fungsi pengecaman melalui mUka dan suara.
Sehubungan dengan itu, fungsi face ID dan voice ID ini adalah dua pilihan baru dimana ia boleh digunakan hampir mana-mana telefon pintar yang ada pada masa kini. Sudah tentu terdapat keperluan minimum untuk korang menggunakan aplikasi ini, sekurang-kurangnya korang memerlukan telefon pintar yang mempunyai kamera hadapan 2MP dan mikrofon dalaman.
Sama seperti Quick Touch iaitu aplikasi pengesahan cap jari, pengguna hanya boleh mengakses akaun mereka dan menyemak baki mereka dengan face ID dan voice ID. Atas sebab keselamatan, untuk urusan niaga yang lebih lanjut korang dikehendaki memasukkan kata laluan korang. Menurut Maybank, mereka mempunyai rancangan untuk membolehkan pengguna memberi kuasa transaksi dengan pengesahan biometrik pada masa akan datang.
Berkenaan dengan bagaimana selamat face ID dan voice ID ini, setakat ini ia masih berjalan dengan baik dan tiada rungutan dari pengguna. Ini adalah salah satu benda yang membatu korang akses masuk kedalam aplikasi dengan pantas dan lancar, dan kami diberitahu bahawa face ID menggunakan satu bentuk "ujian keceriaan". Oleh itu, gambar tidak akan dapat menipu pengenalan muka.
Aplikasi Maybank yang baru ini boleh di muat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store. Yang mana sudah mempunyai aplikasi ini dalam peranti korang, jangan lupa untuk mengemas kini aplikasi tersebut.

