Acer Predator Orion 9000 Akan Datang Ke Malaysia dengan Harga RM 28888
Selain daripada Predator Triton 700, Acer juga akan melancarkan satu lagi gaming beast ke Malaysia dalam bentuk Predator Orion 9000. Gaming PC ini dipekenalkan pada IFA 2017 pada bulan Ogos, akan dilancarkan ke pasaran bulan depan.
Di Malaysia, gaming pc ini akan ditawarkan dalam dua processor yang berbeza iaitu Intel Core i7-8700K dan Intel Core i9-7980XE Extreme Edition. Selain pilihan processor. korang juga akan menentukan hardware di dalam Orion 9000 ini.
Model Core i7 dilengkapi dengan 16GB DDR4 RAM, 256GB PCIe solid state drive,1TB 7200rpm hard drive, dan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080. Sebaliknya, model Core i9 membawa 32GB DDR4 RAM, pemacu keadaan pepejal PCI 512GB, pemacu keras 3TB 7200rpm, dan dua NVIDIA GeForce GTX 1080 graphics card.
Model Core i9 pula dilengkapi dengan CPU liquid cooler yang acer peroleh dari Master Cooler. Walau bagaimanapun, kedua-dua varian dilengkapi standard power supply 1000W yang menyediakan voltage headroom yang cukup untuk menggunakan gaming pc ini pada tahap maximum. Perkara ini dapat dilakukan melalui butang Turbo yang terletak di atas panel depan sistem.
Acer juga menggunakan reka bentuk pengurusan aliran udara yang dipanggil IceTunnel 2.0 pada Orion 9000 yang melibatkan zon terma yang berasingan dalam sistem yang sendiri. Ia mempunyai terowong aliran udara tersendriri untuk memberikan tahap pelepasan haba yang optimum serta dilengkapi dengan tetingkap sisi compliant EMI. Kedua-dua tetingkap sisi Orion 9000 ini juga mempunyai latch untuk memudahkan pengguna mengakses kawasan dalaman sistem untuk penyelenggaraan dan menambah baik komponen dalaman pada masa depan.
Orian 9000 ini juga dilengkapi dengan lampu RGB yang boleh disesuaikan membantu menonjolkan sistem lebih jauh serta dilengkapi dua pemegang dan roda untuk membantu pengguna menggerakkan gaming pc ini dengan lebih mudah.
Harga pasaran Malaysia bagi model Core i7 berharga RM 12,999 manakala varian Core i9 adalah RM 28,888 pada Acer retailers yang terpilih di seluruh Malaysia pada Disember ini.



