Berita Terkini

Malware Bankbot telah masuk ke Play Store


Internet security outfit iaitu Avast telah bekerjasama dengan ESET dan SfyLabs. Mereka telah menemui Trojan yang kini dipanggil "BankBot". Malware Bankbot ini merupakan satu virus yang menyerang aplikasi bank yang pada peranti telefon korang. Malware ini telah dilaporkan masuk ke aplikasi Google Play beberapa kali pada tahun ini.  Malware ini mensasarkan aplikasi bank-bank gergasi seperti WellsFargo, Chase, DiBa dan Citibank. Malware ini turut mensasarkan bank negara-negara lain seperti US, Australia, Jerman, Belanda, Perancis, Poland, Sepanyol, Portugal, Turki, Yunani, Rusia, Republik Dominika, Singapura dan Filipina. "

Malware BankBot ini menyembunyikan diri dalam aplikasi harian. Google telah  menghapuskan beberapa aplikasi yang dijangkiti. Namun, pada 17 November Avast telah melaporkan maleware BankBot ini masih ada di Play Store.

Oleh itu, jika korang adalah pelanggan bank-bank tersebut, pastikan korang install aplikasi yang disahkan oleh google. Kita berharap agar dapat dijauhkan dari malware dan Trojans dalam aplikasi yang kita muat turun untuk kegunaan harian. Tetapi kita juga perlu sedar bahawa ini adalah serangan yang berterusan dari pengondam yang berniat jahat.

Untuk maklumat lanjut mengenai maleware ini, lihat link sumber di bawah.

SUMBER: Avast