Berita Terkini

WhatsApp versi terbaru


Kita semua pernah tersalah hantar mesej, sama ada melalui e-mel atau aplikasi pesanan lain. Sama ada korang yang tersilap menghantar mesej kepada orang lain atau korang menulis mesej yang tidak diingini dan ingin dipadam tanpa dibaca oleh penerima. WhatsApp versi terbaru kini membolehkan korang memadam mesej-mesej yang tersalah hantar.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa syarat untuk memadam mesej-mesej yang tersalah hantar. Pertama sekali, korang hanya boleh memadamkan mesej itu dalam masa 7 minit selepas menghantarnya. Jika mesej anda melebihi 7 minit, korang tidak boleh lagi memadam mesej yang dihantar. Kedua, Whatsapp kesemua individu penerima perlulah dikemas kini untuk berfungsi. Jika korang menghantarkan mesej kepada individu yang masih mempunyai versi lama, dorang tetap melihat mesej yang dihantar walaupun korang telah memadamnya. Terakhir, pilihan "delete for everyone" tida berfungsi mesej broadcast, pilihan ini hanya pada berfungsi pada mesej individu dan kumpulan sahaja.

Untuk menggunakan fungsi ini, Whatsapp terlulah dikemas kini ke versi terkini kemudian pergi ke chat mesej yang ingin dipadamkan. Tap dan hold beberapa mesej yang ingin dipadamkan. Tab butang “delete for everyone” di bahagian atas skrin. Penerima anda akan melihat "This message was deleted" sebagai pengganti mesej mereka. Malangnya, korang tidak akan menerima notification yang memberitahu korang jika pemadaman mesej tersebut tidak berjaya.

Versi terkini juga mempunyai pilihan untuk padam korang mesej pada Whatsapp korang sahaja. Korang boleh memadamkan beberapa mesej dengan memilih "delete for me". Pilihan ini tidak akan menjejaskan mesej pada Whatsapp orang lain. Jadi kemas kini WhatsApp korang ke versi terkini supaya fungsi " delete for everyone " akan berfungsi dengan baik untuk semua orang.

Sumber : Whatsapp