Berita Terkini

Samsung membina Bitcoin Miner hanya menggunakan Galaxy S5


Pada zaman sekarang, kita sering menukar telefon pintar mengikut perkembangan teknologi dan pepatah “old phone in a closet somewhere” sentiasa wujud dalam kehidupan harian kita. Dalam kata lain telefon lama disifatkan sebagai e-waste yang tidak bernilai dan tidak dapat digunakan selepas beberapa tahun kecuali korang "upcycle". Seperti syarikat Samsung, mereka telah lakukan dengan 40 telefon pintar Galaxy S5

Upcycling merupakan proses menggunakan barang-barang lama untuk dirancang semula dan berfungsi yang berguna. Mungkin korang tidak mempunyai 40 telefon lama Samsung Galaxy S5 di dalam almari tetapi Bitcoin mining rig yang dibina oleh Samsung memang satu perkara yang menakjubkan.


Samsung’s Bitcoin Mining Cluster yang dibuat dari telefon lama tersebut sistem operasi yang baru. Ia memanfaatkan kuasa 40 Snapdragon 801 processors, dan lebih baik serta cekap berbanding komputer Intel i7-powered desktop.



Ia merupakan perkara terbaik kerana sifat recycling dapat mengimbangi ekosistem dunia seperti peranti lama diletakkan untuk berfungsi dan tidak dibuang begitu sahaja. Samsung bitcoin mining rig merupakan gambaran yang hebat untuk upcycling.


Sumber: Motherboard