Berita Terkini

G-Shock Smartwatches



Casio merupakan salah satu industri pembuat jam yang popular pada masa kini. Ia telah menceburkan diri ke dalam kategori smartwatches dengan melancarkan WSD-F10 Smart Outdoor Watch, Limited Edition Casio Pro Trek Smart WSD-F20S, dan Standard Casio Pro Tek WSD-F20. Kali ini, G-SHOCK telah menambah model terbarunya iaitu G-STEEL connected models. Sesetengah reka bentuk telah didedahkan pada bulan lepas tetapi warna-warna baru telah ditambah pada smartwatches ini.


Jam tangan G-SHOCK yang terbaru ini menggunakan teknologi Bluetooth dan boleh disambungkan pada telefon pintar korang. Jam ini berfungsi dengan baik bersama aplikasi yang disediakan oleh G-SHOCk. Aplikasi ini membolehkan korang menggunakan Phone Finder, check battery level, change time zones, dan set a countdown timer. Jam tangan ini mungkin memaparkan dalam digital and techie dan juga membolehkan korang menggunakan solar-powered charging. Antara spesifikasi lain ialah dual time display, world clock, LED super illuminator light, daily alarm, full auto calendar, dan neo-brite luminous hands.



Jam tangan Casio memang terkenal dengan ciri-ciri water resistant dan shock-resistant. Casio GSTB100D-1A9 ini boleh bertahan sehingga 200 meter di dalam air. Jam ini menawarkan 53.8mm case dengan pilihan warna gold, black bezel, solid stainless steel band, accents, dan bezel. Casio GSTB100D-1A9 akan tersedia pada bulan November akan datang dengan harga $ 400(RM 1,696.33).

Sumber : Casio