Berita Terkini

Super Slow-Motion pertama di DUNIA dalam telefon pintar

Sony Xperia XZ Premium dan Xperia XZs 
Sony telah memperkenalkan Xperia XZ Premium dan Xperia XZs, kedua-duanya mempunyai fungsi baru pada kamera iaitu kamera Motion Eye mereka. Sony memanggilnya, "shoots dramatic slow-motion video"- 4x lebih perlahan dari mana-mana peranti lain di pasaran yang boleh merakam video ketika butang shutter belum ditekan. Teruja kan? Tetapi bagaimana kamera premium ini berfungsi? Inilah yang akan kita jelaskan dalam perenggan di bawah.
Kembali pada tahun 2015, Sony mengumumkan generasi keempat kamera digital kompak RX-100. Ia boleh shot dengan kelajuan tinggi, video 4K yang hebat, dan mungkin paling menarik adalah slow motion pada 960 fps. Sehingga hari ini, slow-motion yang paling lambat daripada telefon yang tersedia tidak melebihi 240 fps.

Jika anda memainkan video yang dirakam 30fps, ia akan kelihatan berjalan pada kelajuan biasa. FPS yang lebih tinggi akan membuat gerakan dalam video kelihatan lebih realistik. Walau bagaimanapun, jika anda memainkan video pada FPS lebih rendah daripada yang asal, ia akan mewujudkan kesan slow motion. Sebagai contoh, bermain video 960fps pada 30fps akan menjadikan objek kelihatan seolah-olah mereka bergerak 32 kali lebih perlahan daripada dalam kehidupan sebenar. Inilah yang kelihatan seperti:



Jadi, bagaimana anda merakam video Super Slow-motion pada Xperia XZ Premium dan XZs?


Mudah. Untuk merakam video 960fps, dari skrin kamera video terdapat butang yang lebih kecil di atas butang rekod untuk mengunnakan mod Super Slow-motion. Kemudian, anda perlu menekan butang rekod untuk mula mengambil video secara biasa, dan kemudian menekan butang kali kedua membolehkan video 960fps Super Slow-motion untuk tempoh 0.182 saat dan kemudiannya berubah menjadi 6 saat dramatik, video Super Slow-motion. 


Bagaimana pula dengan "merakam video ketika shutter belum ditekan"?


Video Super Slow-motion mengambil gambar secara automatik disebabkan oleh Motion Eye naming yang mengesan gerakan. Sebaik sahaja anda menekan shutter, anda bukan sahaja diberi gambar yang anda ambil, malah turut diberi tiga gambar beresolusi penuh yang ditangkap beberapa saat sebelum ini.


Kebolehan Motion Eye Naming ini bertindak secara automatik. Direka mesra pengguna, ciri ini diintegrasikan secara Auto dalam mod Sony's Intelligent. Jadi , anda tidak perlu bermain-main dengan mod atau tetapan.




Tetapi bagaimana dengan kualiti imej? 

Sehingga kini, kamera telefon pintar Sony yang disertai dengan sensor megapixel yang besar, tetapi dengan individual pixel yang agak kecil ini, menjadikan kemera lebih mudah terdedah kepada imej kabur ketika Zoom In. Perkara ini mungkin menjadi salah satu sebab mengapa 23MP-Sony Xperia XZ  ini mampu bersaing dengan kamera 12MP-iPhone 7 pada perbandingan kamera baru-baru ini.

Kamera Motion Eye Sony membuat perubahan kepada bilangan megapixel yang lebih rendah dari 23MP ke 19.3MP individual pixel yang lebih besar dari 1.12um sehingga 1.22um. Oleh itu, kami menjangkakan kualiti imej yang lebih baik berbanding model Xperia terdahulu, terutama pada cahaya rendah.





Peringatan mesra: Sony Xperia XZs yang digunakan untuk mengambil gambar ini adalah dari demo set.