Berita Terkini

Peranti sekuriti - Blackberry Motion


Blackberry Motion

Blackberry telah memperkenalkan telefon pintar baharunya seperti di dalam gambar yang kami paparkan. Smartphone ini digelar sebagai Blackberry Motion. Pengeluaran terbaharu ini telah rasmi selepas diumumkan di GITEX Technology week.


Tapi sayang buat masa ini, peranti ini hanya ditawarkan di beberapa negara Arab sahaja, dan mungkin ditawarkan di negara-negara lain pada suku tahun akan datang.


BlackBerry Motion menawarkan skrin sentuh penuh bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD, menggunakan memori 4GB RAM, dan bateri berkapasiti 4000mAh. Spesifikasi penuh masih tidak diketahui, tetapi kelebihan ia dikatakan menawarkan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0, selain turut hadir dengan sokongan kalis air dan debu IP67.





BlackBerry Motion turut menggunakan Android 7.1 Nougat, dan pihak BlackBerry mengatakan ia bakal dinaik-taraf kepada Android Oreo pada awal tahun depan.

Seperti beberapa peranti Android lain, BlackBerry Motion turut hadir dengan sejumlah aplikasi BlackBerry, termasuk sokongan sekuriti tambahan bersama dengannya.

Di Arab Saudi, BlackBerry Motion ini ditawarkan pada harga 1,699 Riyal, iaitu sekitar RM1921 dan harganya tidak terlalu mahal jika dibandingkan dengan pesaing peranti lain.

Kesimpulannya, peranti yang pernah digilai ramai pada ketika dulu telah membuat ‘comeback’ dengan spesifikasi yang sesuai mengikut peredaran zaman.


BlackBerry Motion Key Specs:
• OS: Android 7.1.1 Nougat
• Processor: 2.00GHz Octa-core Qualcomm Snapdragon 625, Adreno 506 GPU
• Display: 5.5-inch IPS LCD, 1920×1080 resolution, DragonTrail Glass
• Dimensions: 155.7 mm x 75.4 mm x 8.13 mm
• Battery: 4000mAh  (non-removable)
• RAM: 4GB RAM
• Storage: 32GB (expandable)
• Cam: 12MP rear, dual-tone LED flash,  f/2.0, PDAF, 4K
• Cam: 8MP front f/2.2, Selfie flash
• Others: WiFi, Quick Charge 3.0, USB-C, DTEK security suite, Bluetooth 4.2, NFC, GPS, fingerprint scanner
Sumber Rujukan: BB Mobile.