Berita Terkini

Harga iPhone X Yang Dipasarkan Di Malaysia bermula dengan RM 5,149 (64GB)



Anda semua tahu bahawa iPhone 8 dan 8 Plus bakal dijual di Malaysia pada 20 Oktober dengan harga bermula dari RM 3,649 sebuah. Ia mungkin kelihatan mahal tetapi ia masih boleh dianggap mampu milik jika dibandingkan dengan harga jualan iPhone X.
Disini kami ingin mengupas sedikit sebanyak tentang harga yang ditawarkan oleh Apple Malaysia mengikut spesifikasi.
Laman Apple Malaysia hari ini telah menyenaraikan harga jualan iPhone X dan ia adalah RM 5,149 untuk storan 64GB dan RM 5,899 untuk storan 256GB. Ini sekaligus meletakkannya setanding dengan Huawei Mate 9 Porsche Design yang berharga RM6000++. Tak lupa juga Iphone X merupakan iphone yang termahal yang pernah ditawarkan di Malaysia.
iPhone X merupakan telefon pintar dengan beberapa ciri-ciri tambahan daripada Apple – termasuk menggunakan rekaan skrin menyeluruh, tiada TouchID, dilengkapi pengimbas wajah 3D dan ciri FaceID, sokongan pengecasan tanpa wayar serta menawarkan sokongan kalis air.Ciri-ciri tambahan ini seperti spesifikasi Samsung Note 8 dan S8 tetapi dua gadget ini mempunyai keistimewaan masing-masing.
Bagi yang ingin mengumpul wang untuk peranti premium ini, anda masih mempunyai beberapa bulan lagi sebelum ia dijual secara rasmi di Malaysia. Tarikh jualan untuk pasaran tempatan masih belum diumumkan lagi buat masa ini.
Jadi, pada harga jualan bermula RM5149, apa pandangan anda mengenai penawaran iPhone X untuk pasaran tempatan? Adakah ia terlalu mahal? atau masih jauh kebelakang jika dibandingkan dengan jenama-jenama lain?

SUMBER RUJUKAN: APPLE MALAYSIA