Berita Terkini

Make the Ordinary Extraordinary Sony Xperia XZ premium

Sony Xperia® XZ Premium 

Xperia XZ Premium merupakan peranti pintar yang elegan yang mempunyai rekaan permukaan berkaca yang menakjubkan dan ergonomik. Peranti tersebut mempunyai Water resistant 4, dustproof dan diperkuat dengan Corning® Gorilla® Glass 5.


Xperia XZ Premium disertakan dengan kamera Motion Eye yang mampu menangkap pergerakan terbatas oleh mata manusia serta dilengkapi dengan display 4K HDR yang memukau.

Kualiti kamera Sony berkuasa 

Xperia XZ Premium ini mampu menagkap imej dengan cemerlang walaupun pada tahap cahaya yang rendah hasil daripada teknologi Cyber-shot yang terkenal. Paparan baru Exmor RS yang mempunyai pixel yang lebih besar dan G Lens yang canggih untuk menghasilkan imej yang lebih jelas dan tajam.

Telefon pintar pertama di Dunia dengan paparan 4K HDR2 


Buat pertama kalinya dalam peranti telefon pintar, Xperia XZ Premium memberi impak baru dengan paparan HDR 4K. Peranti ini dapat memaparkan hasil yang sama digunakan pada LED Sony BRAVIA®. Korang kini boleh menonton paparan HDR 4K dan merasai tontonan yang sangat unik dengan warna, fokus dan kontras yang mengagumkan. Disertakan pula dengan audio yang beresolusi tinggi sehingga dapat mengekalkan bunyi secara terperinci dan jelas.

Kuasa processor yang menakjubkan 



Dapat melayari internet dengan pantas, bermain permainan dengan lancar, melayari Youtube tanpa buffering dan banyak lagi yang membuatkan korang rasa kagum denganya. Ini kerana ia dikuasai dengan bantuan prosessor premium dari Qualcomm® Snapdragon 835 dengan kelajuan muat turun 1Gbps.

Peranti yang memahami 


Xperia Actions

Xperia XZ Premium merupakan sebuah peranti telefon yang belajar daripada pengguna, Peranti ini mempelajari bagaimana korang menggunakan telefon anda, dan menyesuaikan diri untuk memberikan anda pengalaman paling bijak. Xperia XZ Premium mengoptimumkan segala-galanya untuk membuat senarai tugasan anda lebih pendek dan memberi fokus kepada perkara-perkara kecil yang anda lakukan seperti menghidupkan mod senyap apabila diperlukan. Apa sahaja perkara yang unik yang korang suka lakukan, Xperia Actions kemudiannya mula menyesuaikan tetapan tersebut secara automatik.

Selain itu, Sony Xperia XZ Premium juga dapat mengenali penguna dan menawarkan anda tip yang berguna tentang ciri-ciri yang anda gunakan. Tip yang mudah untuk membantu anda menggunakan telefon anda sepenuhnya.

Temui perkara hebat yang boleh anda lakukan 

Turut dihadirkan dengan pembersih pintar untuk penggunaan berjalan dengan lancar.Sony Xperia XZ Premium dapat mengenali aplikasi paling banyak digunakan dan secara automatik menyahaktifkan aplikasi yang tidak digunakan serta membersihkan cache secara automatik. Dengan cara ini, preranti ini sentiasa memberi anda prestasi yang paling cepat dan lancar.