Berita Terkini

Google Pixel 2 Dan Google Pixel 2 XL - Second Gen Made by Google


Google Pixel 2

Setelah sekian lama akhirnya Google secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar generasi kedua keluaran mereka tersendiri "Made by Google", iaitu Google Pixel 2. Peranti ini hadir dalam dua variasi, iaitu Google Pixel 2 dan juga Google Pixel 2 XL.


Google Pixel 2 menawarkan saiz sedikit kompak, dimana ia hadir dengan skrin 5-inci OLED, dilengkapi cip Snapdragon 835, serta menggunakan memori 4GB RAM


Google Pixel 2 XL pula menawarkan skrin bersaiz 6-inci dengan panel OLED pada resolusi 2880×1440 pixel, dilengkapi cip Snapdragon 835, serta memori 4GB RAM. Melengkapkannya adalah bateri berkapasiti 2700mAh. Peranti bersaiz besar iaitu 2 XL ini turut menawarkan kapasiti bateri lebih besar, iaitu sebesar 3520mAh. Ia sedikit  mengecewakan untuk Pixel 2 kerana kapisiti bateri yang terhad. 




Keistimewaan kedua-dua telefon pintar ini hadir dengan sokongan kalis air IP67, Bluetooth 5.0, serta dwi-speaker pada bahagian belakang.

Google melengkapkan kedua-dua telefon pintar ini dengan kamera belakang 12.2-megapixel, serta kamera hadapan 8-megapixel. Menariknya adalah dimana kamera pada telefon pintar ini menerima skor tertinggi DxO, sekaligus meletakkan ia jauh dihadapan iPhone 8 Plus dan juga Samsung Galaxy Note 8 dari segi perbandingan merakamkan gambar dan video.


Disamping itu, seperti pada HTC U11, Google menyertakan ia dengan ActiveEdge, dimana pengguna boleh memicit peranti berkenaan, dan mengaktifkan Google Assistant dengan mudah. Pengguna Google Pixel juga diberikan ruangan storan tanpa had pada Google Photos, selain turut boleh mengakses Google Lens tidak lama lagi.

Dari segi perisian, Google turut menyertakan beberapa perubahan berbanding pada Android 8.0 Oreo asli, dimana kini ia menyertakan bar carian Google pada bahagian bawah, selain turut menyertakan sokongan Always On Display.
Buat masa ini penawaran telefon pintar ini tiada di malaysia tetapi hanya akan ditawarkan dibeberapa buah negara sahaja, dan negara terdekat dengan kita iaitu Singapura.
Google Pixel 2 ditawarkan pada harga bermula $649 (~RM2743), sementara Pixel 2 XL pula pada harga bermula $849 (~RM3589).


Google Pixel 2 Key Specs:

• Operating System: Android 8.0
• CPU: Qualcomm Snapdragon 835
• RAM: 4 GB LPDDR4X
• Storage: 64 or 128 GB
• Display: 5.0-inch FHD/6.0-inch QHD+ 18:9
• Main Camera: 12 MP
• Secondary Camera: 8 MP
• Battery: 2,700 mAh/3,520 mAh


Sumber Rujukan: Google.