Berita Terkini

Keupayaan unik Surface Studio untuk mengubah setiap langkah proses kreatif anda.


Surface Studio adalah desktop paling mengagumkan yang telah menjadi pesaing kepada semua jenis desktop dan laptop. Walau bagaimanapun, harga peranti ini sangat tinggi menjadikan peranti ini impian yang mewah untuk semua artist dan ilustrator.

Sejak Microsoft masuk ke dalam dunia hardware, banyak peranti baru terhasil seperti tablet yang mampu menggantikan laptop. Tablet tersebut menggunakan kaedah flip yang unik berformat 2-dalam-1. Sekarang, Microsoft telah merevolusikan desktop dengan Surface Studio. 

Peranti ini mempunyai 28 inci yang direka bentuk untuk menghasilkan kerja kreatif. Walaupun spesifikasi permulaan peranti  ini mempunyai processor Intel Core i5 dan hanya menggunakan grafik Nvidia GTX 980M tahun 2014, ia mampu bersaing dengan laptop- laptop semasa.




Kita telah melihat beberapa paparan screen yang sangat menarik, seperti 5K di iMac dan monitor 8K pada Dell yang tidak masuk akal. Surface Studio hanya mempunyai mempunyai 4 500 x 3 000 piksel. Walaupun peranti tersebut hanya mempunyai resolusi yang rendah, tetapi ianya lebih sharp daripada paparan 4K. Gabungan resolusi skrin dan aspek ratio 3:2 membolehkan korang mengunakan empat program berasingan pada setiap sudut dan setiap aplikasi yang dibuka pada mempunyai pandangan yang jelas .