Berita Terkini

Qualcomm Mungkin Akan Mengumumkan Snapdragon 845 Disember Ini


Prosesor Qualcomm yang  paling berkuasa pada masa kini ialah Qualcomm Snapdragon 835. Seperti yang korang tahu prosesor ini menggunakan octa-cores dan telah digunakan pada OnePlus 5, HTC U11, Xiaomi Mi6 dan Nokia 8.

Untuk pengetahuan korang Qualcomm dijangka akan memperkenalkan Snapdragon 845 lebih awal daripada apa yang di jangka. Snapdragon 845 akan dilancarkan pada bulan Disember ini. Proses pembuatan processor ini sama seperti Snapdragon 835, iaitu 10nm FinFET node dan bakal memberi sejumlah perubahan besar dari aspek grafik dan prestasi pengiraan.

Snapdragon 845 dikatakan menggunakan ciri-ciri teras Cortex-A75 ARM dalam Pakej Octa-Core - Mesti Forego Custom Kryo Cores dari Qualcomm. Snapdragon 845 akan menampilkan Quad-Core ARM Cortex-A75 dan Quad Core ARM Cortex-A53 dan akan disertakan dengan GPU Adreno 630 untuk menambah prestasi grafik. Di samping itu, Snapdragon 845 juga mempunyai ciri sambungan modem X20 yang dijangka downlink speed menjangkau 1.2Gbps.


Berita gembira untuk peminat Samsung smartphone kerana pengumuman Snapdragon 845 lebih awal ini dikatakan mempunyai kaitan dengan Samsung Galaxy S9 yang bakal dilancarkan pada bulan Februari di MWC. Khabar angin juga mengatakan bahawa Qualcomm bekerja sama dengan Xiaomi untuk mengoptimumkan chipset untuk model Mi7 yang akan datang.

Menurut poster yang keluar dari China, Sidang Kemuncak Teknologi Snapdragon bakal diadakan di Pulau Maoyi, Hawaii. Acara ini dijangka bermula pada 4 Disember dan berakhir pada 8 Disember. Semasa acara itu, Qualcomm dan para eksekutifnya dijangka akan mempamerkan SoC generasi seterusnya yang akan digunakan oleh peranti telefon masa depan.

Sumber : Weibo