Berita Terkini

CHROME 62 wajah baru untuk Chrome Home


Pada 7 hari yang lepas, akhirnya Chrome 62 telah dilancarkan untuk pengguna Android setelah menghabiskan beberapa minggu di Chrome’s Canary dan Beta channels. Kemaskini kali ini lebih kepada mengoptimumkan prestasi. Browser versi baru ini juga mempunyai beberapa ciri baru untuk semua pengguna Chrome.


Chrome 62 ini mempunyai Chrome Home yang baru dan tersusun rapi serta moden. Selain itu, perubahan yang ketara adalah address bar yang kini terletak di bahagian bawah. Easier tap access kini mengambil masa untuk yang lebih lama untuk menaip address yang baru.


Ciri-ciri baharu yang ditampilkan adalah muat turun lebih cepat melalui accelerated downloads, dan mempunyai sokongan untuk OpenType Variable Fonts baru. Terdapat juga peningkatan keselamatan pada Chrome 62 kerana aplikasi ini akan memberi amaran “Not secure” ketika korang memasukkan data ke mana-mana laman HTTP kecuali HTTPS. , Selain itu, korang juga korang akan melihat info icon yang mendedahkan panel yang mengatakan “Your connection to this site is not secure” pada lock icon dalam address bar.


Korang pasti teruja apabila menggunakan Chrome browser yang baru untuk Android ini. Dan korang di ingatkan bahawa untuk berhati-hati ketika mengemaskini aplikasi tersebut, kerana ia mungkin akan menjadi muat turun yang lebih besar daripada kemas kini biasa.

Sumber: Google