Berita Terkini

Teknologi kamera terbang oleh AirSelfie



AirSelfie adalah konsep teknologi foto-video direka oleh pasukan bakat antarabangsa dari seluruh dunia. AirSelfie membolehkan korang untuk menangkap gambar dan berkongsi kenangan bersama mereka yang istimewa dengan cara yang luar biasa dan unik. AirSelfie Group mengkaji dan mencipta kamera terbang ini melebihi semua standard semasa. Berterima kasih juga kepada developers team, engineers dan designers antarabangsa kerana peranti ini selamat, mudah digunakandan mudah dibawa.


AirSelfie adalah kamera terbang HD yang paling nipis dan paling ringan yang mampu disimpan di dalam poket yang telah direka oleh pasukan antarabangsa, AirSelfie ini berhubung dengan peranti telefon untuk membolehkan korang mengambil foto HD dan kehidupan dari langit. Direka menggunakan Anodized Aluminum Case seberat 61g, 67.4 x 94.5 x 10.6mm dengan reka bentuk Itali yang inovatif, rapi, anggun serta mudah dibawa ke mana sahaja.


AirSelfie membolehkan korang mengawal peranti ini melalui aplikasi yang tersedia untuk iOS dan Android, Slide untuk berlepas, menangkap gambar, mengambil video, kemudian mendarat dengan selamat. AirSelfie ini juga membolehkan korang menguasai tahap kawalan yang berbeza dengan mod selfie, mod kawalan gerakan selfie atau mod terbang. Aplikasi ini percuma dan sangat mesra pengguna serta memerlukan masa yang minimum untuk memahami cara menggunakan app tersebut.

AirSelfie menghasilkan rangkaian wifi 2.4 GHz secara automatik dan mempunyai teknologi kamera definisi tinggi iaitu 5 megapiksel dan mampu mengsilkan video 1080p pada 30fps. Sistem Anti-vibration dan sistem kestabilan yang terpdapat pada peranti menjadikan imej stabil, jelas dan berkualiti tinggi dalam penerbangan.

AirSelfie ini dihadirkan dengan bateri 240mAh 7.4 LiPo yang dibina pada AirSelfie dan mempunyai masa penerbangan selama tiga minit. Apabila ia memerlukan charge semula, cuma gunakan kabel USB untuk mengecas semula. AirSelfie turut direka dengan cover telefon untuk telefon pintar yang popular iaitu iPhone, Samsung dan Google Pixel. Cover telefon turut berfungsi sebagai pengecas yang mampu menghidupkan AirSelfie dalam masa 30 minit. AirSelfie juga menghasilkan Power Bank yang direka khas yang membolehkan AirSelfie mengecas sehingga 20 kali sebelum kehabisan bateri, dengan itu membolehkan AirSelfie melakukan penerbangan selama 1 jam secara keseluruhan.


Peranti ini mempunyai 4 kipas turbo dikuasakan oleh motor brushless yang selamat untuk memegang semasa ia masih terbang. AirSelfie dilengkapi dengan 4 motor brush mikro turbo yang boleh menerbangkan peranti ini sehingga 20 meter di udara. 4 kipas turbo turbo ini merupakan kipas yang terkecil dan paling kuat, ia mampu menerbangkan peranti sehingga 20m di udara dalam hitungan detik. Peranti ini juga mempunyai slot memori SD 4GB yang terbina dalam untuk menyimpan kenangan korang.



Sumber : http://www.airselfiecamera.com/