Berita Terkini

OPPO Find X Edisi Lamborghini : Ciri-ciri Super VOOC, 512GB Storage, dan Bernilai RM 7880


Dilihat dari khabar angin awal mengenai peranti telefon ini, siri OPPO Find kembali ke pasaran dengan Find X dan telah meraih banyak perhatian dari pengguna telefon pintar di seluruh dunia. Tidak cukup dengan itu, OPPO juga telah melancarkan edisi khas siri peranti telefon pintar ini melalui kerjasama dengan syarikat supercar terkenal Itali iaitu Automobili Lamborghini.

Secara umum, Oppo Find X Edisi Lamborghini mempunyai komponen yang sama seperti model Oppo Find X standard. Paparan peranti 6.42-inch Full HD+ AMOLED display, Qualcomm Snapdragon 845 processor, 8GB RAM dan bateri 3730mAh bersama dua kamera pada bahagian belakang dengan sensor 16MP dan 20MP serta kamera selfie 25MP.


Walau bagaimanapun, Find X versi Lamborghini masih mempunyai beberapa ciri yang tidak terdapat Find X standard. Find X versi Lamborghini ini mempunyai reka bentuk fizikalnya yang datang dalam bentuk tekstur serat karbon seperti yang terdapat di bawah badan kacanya serta logo Lamborghini yang seakan- akan mempunyai kesan 3D.

Pelancaran peranti ini juga merupakan debut kepada teknologi "OPPO SuperVOOC fast charge" yang pertama kali diperkenalkan di Mobile World Congress 2016. Berbeza dengan spesifikasi VOOC Find X standard yang mampu mengecas sepenuhnya dalam masa 90 minit. Dengan teknologi SuperVOOC yang terdapat pada Find X edisi Lamborghini yang menggunakan spesifikasi pengecasan 10V5A dan mempunyai voltan pengecasan maksimum 50W, ianya hanya mengambil masa 35 minit untuk mengecas sepenuhnya.


Selain itu, Find X edisi Lamborghini juga dilengkapi dengan 512GB ruang penyimpanan dalaman yang merupakan lebih besar daripada Find X standard. OPPO juga menyediakan pembungkusan bertema yang berbeza dan khusus untuk edisi ini supaya sesuai dengan statusnya sebagai peranti bertema Lamborghini.

Semasa acara pelancaran di Paris, OPPO menyatakan bahawa telefon akan dijual untuk EU 1,699 iaitu sekitar RM 7 878. Memandangkan perbezaan ini, tidaklah menghairankan untuk Oppo Find X edisi Lamborghini berharga lebih tinggi daripada Find X standard yang telah dikenakan biaya sekitar RM 4,600.

Sumber: OPPO, Lamborghini