Berita Terkini

Razer Phone vs Black Shark vs Red Magic


Telefon pintar gaming kini kembali dan dihasilkan oleh tiga pembuat telefon pintar. Setelah Razer  mngeluarkan telefon pintar gaming miliknya iaitu Razer Phone, Xiaomi dan nubia turut menghasilkan telefon pintar gaming dengan ciri ynag menarik dan unik. Tapi apa yang membuatkan telefon pintar tersebut digelar telefon gaming untuk ketiga-tiga pesaing iaitu Razer Phone, Xiaomi Black Shark dan Nubia Red Magic.


Razer Phone
Razer Phone ini baik secara kronologi dan reka bentuk-bijak. Ia juga mendapat estetika dari Nextbit Robin yang merupakan syarikat Gaming. Reka bentuk segi empat nya standard membuatkan korang tidak terfikir bahawa ia merupakan telefon gaming kecuali korang tahu ia dibuat oleh Razer.

• Sistem Pengoperasian: Android 7.1.1 / 8.0
• CPU: Qualcomm Snapdragon 835
• RAM: 8 GB
• Penyimpanan: 64 GB
• Paparan: 5.7 inci, 2560 × 1440 Sharp IGZO LCD, kadar refresh 120 Hz
• Bateri: 4,000 mAh

Razer Phone benar-benar mendapat paparan yang cantik pada permainan dari skrinnya yang menjalankan sekurang-kurangnya120 Hz. Sayangnya, ia bukan sesuatu yang secara automatik berlaku untuk setiap kandungan atau permainan dan senarai permainan yang disokong , sementara masih berkembang, masih kecil.


Xiaomi Black Shark
Xiaomi merupakan syarikat yang mengeluarkan pelbagai produk sehingga tidak menghairankan untuk melihat ia mendapat telefon pintar gaming miliknya yang didorong oleh Razer melalui pelaburan besar dalam sebuah syarikat baru yang dikenali sebagai Black Shark. Telefon pintar eponymousnya ini adalah diharapkan dari telefon premium 2018.

• Sistem Pengoperasian: Android 8.0
• CPU: Qualcomm Snapdragon 845
• RAM: 6 atau 8 GB
• Penyimpanan: 64 atau 128 GB
• Paparan: LCD 1920 × 1080 IPS 5.99-inci
• Bateri: 4,000 mAh


Selepas melihat skrin Razer Phone, paparan Black Shark mungkin sedikit mengecewakan. Tetapi Black Shark hadir dengan analog yang boleh dilekatkan ala Nintendo Switch Joy-con dan mempunyai penyejukan cecair. Peranti gaming ini juga ditambah reka bentuk hijau yang terang.



Nubia Red Magic
Ketiganya, ini mungkin ketibaan yang paling mengejutkan ini benar-benar dikaitkan dengan permainan mudah alih dan ini menjadikan keunikan bagi Red Magic.

• Sistem Pengoperasian: Android 8.1
• CPU: Qualcomm Snapdragon 835
• RAM: 6 atau 8 GB
• Penyimpanan: 64 atau 128 GB
• Paparan: 6.0-inch 2160 × 1080 IPS LCD
• Bateri: 3,800 mAh

Red Magic pasti mempunyai permainan yang memberi fokus terutama pemain PC. Ini kerana binaannya berwarna hitam dan aksen LED bercahaya berwarna-warni. Malangnya, ia mempunyai perkakasan 2017 yang hampir sama seperti Telefon Razer yang lebih tua tetapi tidak pada skrinnya, walaupun ia adalah satu-satunya dengan paparan 18: 9. Ia juga mempunyai kapasiti bateri yang untuk telefon gaming dan memerlukan kuasa untuk aksen LEDpada bahagian belakang peranti.


Sekiranya mengikut ciri permainan, Xiaomi Black Shark adalah yang paling menepati syarat kerana dengan adanya kawalan analog dan penyejukan cecair yang menarik. Nubia Red Magic baik dengan pameran cahaya dan spesifikasi Razer Phone.