Berita Terkini

Promosi Huawei Mate 10 CNY menawarkan diskaun dan Hadiah RM400


Sekiranya korang memikirkan untuk membelanjakan wang korang dengan mendapatkan telefon pintar baru, Huawei Malaysia mempunyai berita baik untuk korang. Sebagai Promo pada Tahun Baru Cina, syarikat itu telah memberi diskaun dengan memotong harga RM400 pada peranti Huawei Mate 10.

Harga asal peranti tersebut ialah RM2699 dan Huawei menawarkan Mate 10 hanya RM2299 untuk masa yang terhad sahaja. Ia sememangnya harga yang cukup memadai untuk sebuah peranti telefon premium, terutamanya kerana harga pasarannya tidak menurun meskipun beberapa bulan sejak kehadiran di Malaysia.

Di samping itu, Huawei juga menggabungkan Bundle Gift Premium bernilai RM239, dan baucar hotel bernilai RM600 untuk ketiga-tiga pilihan warna Black, Champagne Gold, dan Mocha Brown. Walau bagaimanapun, Wow Phone memberi lebih banyak dengan aksesori premium asal Huawei bernilai RM899 dan harga telefon masih kekal pada promosi RM2299 dalam Black, Champagne Gold, dan Mocha Brown.


The Mate 10 hadir dengan chipset Kirin 970, 4GB RAM, 64GB internal storage, bateri 4000mAh dan juga chipset AI yang dibina, Mate 10 juga mempunyai dual kamera 12MP + 20MP yang sama dengan Mate 10 Pro.

Mate 10 Pro juga boleh didapati diskaun 12% daripada harga pasaran RM3099. Beberapa peruncit telah mula menawarkan Mate 10 Pro untuk hanya RM2739 di Shopee, di mana ia boleh didapati di kedua Mocha Brown dan Midnight Blue.

Sumber: Huawei Malaysia