Berita Terkini

Pengecas dari Samsug bakal menjadi Baju Kerja Harian Anda


Bayangkan jika kali korang bergerak, korang mungkin dapat mengecas peranti telefon korang tanpa menggunakan sebarang power bank. Terima kasih kepada teknologi dari Samsung yang memanfaatkan pergerakan badan untuk mengecas telefon pintar korang mengikut paten ini.

Ia menggambarkan teknologi alat elektronik yang boleh dipakai dan mengaktifkan sensor dengan menggunakan tenaga elektrik yang dijana oleh tenaga harvester. Teknologi ini juga ditentukan aktiviti pengguna berdasarkan data sensor yang diperoleh. Ia seolah-olah seperti smartclothing dan mungkin akan memaparkan fitness tracker juga.



Paten itu juga mempunyai bateri kapasiti yang kecil dan ringan tetapi maklumat yang tepat masih belum dinyatakan. Paten pemfailan ini merupakan satu idea dan kita tidak tahu nilai kuasa yang dibuat dan disimpan pada pakaian manusia untuk mengecas telefon pintar melalui teknologi ini.

Walaupun tenaga yang dijana mungkin tidak seperti power bank, ia boleh menjadi penyelamat apabila kehabisan bateri telefon.

Sumber: Let's Go Digital, SlashGear