Berita Terkini

Grab Terima Kelulusan Dari Bank Negara Malaysia Untuk Memberi e-Money Service Pada 2018


Grab hari ini mengumumkan bahawa Bank Negara Malaysia telah meluluskan permohonannya untuk menawarkan e-money service GrabPay. Perkhidmatan ini bukan untuk dikelirukan dengan pilihan pembayaran yang sedia ada di dalam aplikasi Grab yang dipanggil GrabPay.

Sebaliknya, e-money service GrabPay ini membolehkan korang menggunakan Grab dengan kaedah pembayaran di luar perjalanan Grab. Walau bagaimanapun, ciri-ciri ini akan disediakan dalam aplikasi Grab itu sendiri dan pengguna tidak perlu memuat turun aplikasi berasingan.


Melalui pelaksanaannya di Singapura, GrabPay menggunakan kod QR sebagai antara muka utama aplikasi dan pengguna perlu menambah Kredit GrabPay mereka untuk melakukan pembayaran. Sebagai langkah keselamatan, Grab telah mengenakan 6 digit PIN yang dipanggil GrabPay PIN sebagai pengesahan kedua untuk perkhidmatan tersebut.

Menurut Grab, e-money service GrabPay di Malaysia akan dilancarkan secara berperingkat dalam tahun 2018. Semuanya dan sebagai penyelesaian kepada masalah pembayaran.