Berita Terkini

Moto Mods GamePad dan 360 Kamera Kini Tersedia Di Malaysia


Pertama kali didedahkan beberapa bulan lalu iaitu dua Mod Moto baru telah dikeluarkan secara rasmi di pasaran Malaysia untuk Moto Z, Moto Z Play, dan Moto Z2 Play.

Salah satunya Mod tersebut ialah Moto GamePad yang jelas direka untuk pemain di luar sana. Ia dibangunkan dengan bantuan dari Lenovo’s gaming division dan telah mengenakan logo Legion di bahagian belakangnya, GamePad ini dilengkapi dengan sepasang analog control stick bersama directional pad, dan shoulder button. Ia juga dilengkapi dengan bateri sebanyak 1035mAh yang mampu bertahan sehingga 8 jam masa permainan untuk GamePad.


Selain itu, Mod yang kedua difokuskan kepada kamera Moto 360 membolehkan pengguna menangkap imej 360 darjah. Ia dibina dengan dua sensor 13MP dan membolehkan pengguna memilih untuk merakam foto ultra-wide 150 darjah atau merekodkan video 360 darjah sehingga resolusi 4K dengan audio 3D.

Moto GamePad boleh didapati dengan segera di Malaysia dengan harga RM 499 dan manakala Moto 360 Camera berharga RM1 199. Mod Moto baru ini boleh didapati terus melalui Motorola Official Store di Lazada serta retailers lain di seluruh negara.

Sumber: Motorola Malaysia