Berita Terkini

Google mengumumkan Android Oreo Edisi Go untuk peranti telefon Entry-level


Projek Android Go telah diumumkan sebagai Google I / O pada bulan Mei tahun ini. Pada hari ini, Google bersedia untuk melancarkan projek tersebut. Android Oreo Dedisi Go ini direka untuk peranti Android Entry-level dengan kurang daripada 1GB RAM dan kini ia telah tersedia untuk pengeluar dan developers.

Apa yang menjadikan Android Go ini berbeza daripada versi standard Android Oreo ialah ia lebih optimum untuk peranti rendah dengan 512MB hingga 1GB RAM.


Salah satu ciri yang paling penting dari Android Go ini adalah ia mempunyai aplikasi yang direka khusus untuk peranti dengan hardwareterhad. Bukan sahaja aplikasi ini lebih kecil, ia juga direka untuk berjalan lebih lancar dan pantas pada peranti telefon Entry-level. Senarai aplikai yang dioptimumkan termasuk aplikasi Google sendiri seperti YouTube, Google Maps dan Chrome.


Selain itu, Android Go juga dihadirkan bersama dengan Google Play Store versi tuned. Walaupun ia masih membenarkan pengguna memuat turun aplikasi dari Play Store, ia juga akan menampakan aplikasi yang direka khusus ini berfungsi dengan baik pada peranti entry-level .

Tidak seperti program Android One yang merupakan kerjasam Google dengan pengeluar tertentu. Android Oreo Edisi Go adalah sebahagian daripada Android Open Source Project (AOSP) yang membolehkan mana-mana pengeluar menggunakannya jika mereka inginkan. Dengan pelancaran Android Go ini, peranti telefon yang mempunyai spesifikasi yang rendah harus dapat digunakan dengan baik.

Sumber: Google, The Verge