Berita Terkini

Crytek Memperkenalkan Cryptocurrency Baru Untuk Permainan


Crytek percaya bahawa ia memberi perubahan permainan pada tahap yang baru dengan memperkenalkan Crycash iaitu gaming-centric cryptocurrency. Sistem ini dimaksudkan untuk memberi ganjaran kepada pemain untuk bermain permainan berdasarkan CryEngine dan juga memberikan developer cara revenue yang baru.

Crycash boleh diperoleh menerusi permainan dari Crytek partners. Pada masa ini, Crytek partners hanya terdapat pada Warface iaitu sebuah permainan yang dibangunkan oleh Crytek sendiri. Kelihatan juga seperti terdapat partnership dengan Ryse: Son of Rome pada Xbox dan ia tidak kelihatan seperti permainan yang menyokong Crycash.


Satu lagi komponen untuk Crycash ialah Plink app. Aplikasi ini serupa dengan Discord kerana ia berfungsi sebagai alat komunikasi antara pemain. Perbezaan di sini adalah Plink akan menyertakan cabaran harian dan mingguan bagi pengguna untuk mendapatkan mata wang digital Crytek.

Crycash adalah penambahan ganjil kepada dunia crytocurrency. Ia tidak boleh dilabur seperti mata wang lain dan ia mesti diperoleh menerusi permainan walaupun pencipta masih percaya bahawa ia akan menjadi sesuatu yanag berharga sebagai pelaburan.

Satu-satunya keuntungan dari kesepakatan keseluruhan yang dapat kita lihat ialah Crytek ialah ia membolehkan orang untuk mengeluarkan wang pada bila-bila masa. Syarikat ini menjanjikan untuk membeli semula semua token daripada mereka yang ingin mendapatkan mata wang walaupun nilai itu akan berdasarkan pada nilai pasaran Crycash pada waktu tertentu.

Sumber : Crycash